WeLcoMe t0 mY s!mplE bLog..iNi kIsaH keh!duPan sEorAng GaDis reMajA..jangAn lUpe f0llOw sAyA k..sAyAng kMu..sMgA you aLl aKaN hEpI..:)

:: . . R . I . N . D . U . . ::

Dah lama rasanya tak jenguk diari hujung jari nieee . 
Dah lama juga nak update kasi clean semua sampah sampah yang ada nieee.
Bajet ada jer sampah tuu.

Ok , mari kita mula kan cerita kita nie dengan bismillah.
sepanjang tak update blog niee .
banyak sangat bende yang jadi 
banyak sangat kenangan atau luka yang terjadi.
Ya Allah , kuat kan hati hambaMu ini .

Tarik nafas dalam dalam then hembus.



Esok iaitu hari isnin bertarikh 27.1.2014 genaplah sebulan arwah abah tinggalkan kami .

sekejap je masa berlalu pergi tanpa kita sedar atau pun tak.

arwah tinggalkan kami pada hari jumaat , 27.12.2013 . 

Sebulan selepas hari lahirnyaaa.

Sungguh kebesaran Allah tuu unik dia ambil arwah balik pada tarikh sama walaupun berbeza bulan .

Allahuakbar .

rasa sakitnya kehilangan nie Allah jer yang tahu . 

Tapi apakan daya , semua nya telah ditakdirkan .

sebelum arwah pergi .

dah banyak sangat perkara dia buat .

sentiasa penuhkan atau apa sahaja untuk senangkan kami .

terlalu banyak sangat kenangan tercipta yang dia tinggalkan bersama kami .

siapa sangka itulah yang terakhir kalinya kita bersama .


Sekuat mana pun aku cuba berlagak , hakikatnya akan menitis jugak airmata niee

siapa mahu menyeksa ayah?

Dah ku cuba bertahan , kuatkan jiwa yang lemah ini dan ubati luka dihati ini .

tapi memang ianya mengambil masa.

tak mungkin sekelip mata ianya sembuh kerna kehilangan itu.

ya, kau bisa berkata tapi cuba kau yang alaminya? 

Kasih sayang nya, kepenatannya, ketegasannya , segala galanya . 

Semuanya ikhlas dari hati nya tuk besarkan anaknya meskipun tak pernah dia luahkan.

apa bisa kamu memahami sebagaimana dia memahami kemahuan mu?

Ya Allah . 

Sungguh besar ape yang diberikannya berbanding apa yang kamu berikan.


Sesungguhnya ajal maut ditangan Tuhan . 

Meskipun arwah dah takde aku bersyukur sekurangnya arwah dah besarkan aku selama 18 tahun aku hidup .

selama tulah , aku dapat tengok segala penatnya , gembiranya, tegasnya dalam membesarkan aku . 

Ya , seharusnya aku kuat , sekuat mana arwah boleh hidup dan membesar tanpa kedua ibubapa nya iaitu nenek dan atokku . 

Segalanya yang diberikannya harus aku manfaatkan untuk teruskan hidup ini . 

Pasti ini juga yang di inginkan olehnya.

melihat anaknya berjaya dan mampu mendapat kehidupan sebaiknya.

itulah yang harus aku lakukan .

andai aku bisa putarkan waktu ini .

akan aku peluk erat dikau abah .

akan ku cium dikau sebagaimana dikau menciumku waktu ku kecil.

akan aku pastikan sebulan yang dikau tinggalkan aku disini hanya akan tercipta kenangan kita bersama.

tapi sayang aku tak bisa.

mungkin Allah ade sebabnya kenapa aku tak bersama mu sepanjang waktu itu dan hanya sempat melihat dikau terbaring menunggu ke alam baru.

abah , akak sentiasa sayangkan abah . 

Walaupun setegas mana pun abah , akak tetap sayangkan abah . 

Maaf sebab semua tuu akak tak luahkan dan hanya pendam dalam hati nie. 

Tapi akak harap sangat abah sentiasa rasa sayang akak macam mana akak rasa sayangnya abah pada akak . 


Abah , terima kasih sebab dah besarkan akak selama 18 tahun kita hidup bersama . 

Terima kasih sebab tak pernah jemu dan penat cari sesuap nasi untuk kami .

terima kasih tuk segala yang telah abah korbankan dalam hidup abah tuk kami .

alhamdulillah , Allah kasi kita peluang bersama .

abah , pergilah dengan tenang . 

Ingatlah kami yang akan sentiasa merindui abah . 

InshaAllah , kami akan sentiasa bersama dan menjaga ma baik baik macam abah jagakan kami semua . 

Halalkan semua yang abah berikan kat kami .

Semoga abah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.

kami sayang abah dahulu , kini dan selamanya ..




Sesunggunya kematian sentiasa dekat dengan kita.

Al-fatihah buat abah .

( Abdol Rahman Bin Ibrahim )




Sekian . 

Terima kasih.





suke..??like n komen lah ..!!follow me k..(: